KKM sambut baik saranan WHO perluas pemakaian 'mask'

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan menyambut baik saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar penggunaan penutup hidung dan mulut diperluaskan di kawasan terbuka, termasuk ketika menggunakan pengangkutan awam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian membuktikan bahawa penggunaan topeng itu boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.