PKPB: Harga gunting, dandan rambut dijangka meningkat antara RM3 - RM10

  • 2 tahun lalu
Harga perkhidmatan gunting rambut di seluruh negara dijangka meningkat antara RM3 hingga RM10 susulan pengusaha kedai gunting dan dandan rambut terpaksa menampung kos operasi sebaik sahaja ia beroperasi pada 10 Jun ini.
Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA), T.N Winda Mohd Tahir berkata, peningkatan kos tersebut perlu bagi memastikan keselamatan pelanggan.
Caj tambahan itu juga perlu, apatah lagi larangan beroperasi hampir tiga bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak pada 18 Mac lalu.
Harga baharu itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat oleh persatuan dan pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara.

Disyorkan