Realiti Rakyat: Manfaat PENJANA kepada industri PKS

  • 2 tahun lalu
Dalam menjadikan kitaran ekonomi semakin sihat, beberapa elemen perlu dibantu dalam memastikan kelansungannya akibat penutupan ekonomi selama dua bulan kerana penularan COVID-19.
Semalam juga pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA.
Antara lain ia turut memberi manfaat dan peluang kepada pemain Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro.
Kita juga mahu melihat bagaimana pelan ini memberi kesan kepada dua pihak, satu adalah Pakar Ekonomi PKS ini dan seorang lagi Pengusaha PKS luar bandar.
Kita bersama menerusi Skype Mahadzir Abd Hamid, Pengusaha Pusat Santuari Landak Raya Kg. Tala, Jeneri dan Abd Azharee Bin Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro AUM.