Jabatan Kastam Diraja Malaysia zon Sabah rampas rokok seludup bernilai RM400,000

  • 2 tahun lalu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas rokok kretek bernilai lebih 297 ribu ringgit yang dipercayai cuba diseludup di dua lokasi berasingan antara daerah Tawau dan Sandakan dalam Ops Benteng pada Khamis.
Tangkapan pertama membabitkan 8,800 bungkus rokok kretek pelbagai jenama dengan nilai hampir 30 ribu ringgit dengan cukai bernilai lebih 104 ribu ringgit dalam perjalanan dari airport lama Tawau menuju ke Keningau Sabah.

Disyorkan