103 kes positif baharu, kluster baharu dikesan setakat 29 Mei

  • 2 tahun lalu
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 103 kes positif COVID-19 baharu setakat 29 Mei 2020. Katanya, daripada jumlah itu, 96 merupakan kes penularan tempatan dimana 84 adalah bukan warganegara. Lapor Dr Noor Hisham, terdapat satu cluster baharu yang dikenal pasti melibatkan satu syarikat pembersihan, dimana terdapat 24 kes yang dilaporkan positif setakat ini.

Disyorkan