Ops Benteng dilaksanakan untuk kawal sempadan negara khususnya lorong tikus

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, sejak 1 Mei hingga 27 Mei, seramai 327 PATI dan 41 tekong telah ditangkap kerana cuba masuk sempadan negara secara haram dengan menggunakan lorong-lorong tikus termasuk tujuh individu yang disyaki sebagai penyeludup serta tujuh bot ditahan.

Seramai 1,515 PATI telah ditahan di dalam negara manakala 86 PATI termasuk masing-masing tiga tekong dan kapal diusir pihak penguat kuasa kerana cuba memasuki sempadan perairan Malaysia.