Mangsa keracunan makanan puding buih meningkat kepada 74 orang

  • 2 tahun lalu
Mangsa keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih terus meningkat kepada 74 orang pada Selasa.
Pengarah Kesihatan negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata menerusi jumlah itu seramai 62 pesakit melibatkan mangsa di daerah Kuala Terengganu, manakala 12 pesakit lagi di daerah Marang.