PM tegaskan tidak terlibat kes Riza Aziz

  • 2 tahun lalu
YAB Perdana Menteri ingin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB. Persetujuan tersebut dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

YAB Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes-kes jenayah di negara ini termasuk kes-kes berprofil tinggi.

Disyorkan