Sebanyak 53,250 pemeriksaan pemantauan pematuhan SOP dijalankan setakat 11 Mei - Ismail Sabri

  • 2 tahun lalu
Setakat 11 Mei 2020, pasukan "task force" pematuhanan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) telah menjalankan sebanyak 53,250 pemeriksaan seluruh negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya lagi, fasa nasihat dan amaran sudah berakhir dimana pihak polis diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).