Tidak ada sebab ibu bapa perlu bayar tambang bas sekolah

  • 2 tahun lalu
Tidak ada sebab mengapa pengusaha bas perlu meminta ibu bapa membayar tambang kalau tidak ada perkhidmatan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau menegaskan, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Kementerian Pengangkutan supaya mengeluaran arahan kepada pengusaha-pengusaha bas.