PKP: Kadar indeks jenayah turun hampir 50 peratus

  • 2 tahun lalu
Kadar indeks jenayah di seluruh negara menurun hampir 50 peratus sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas hingga Selasa.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, indeks jenayah turun 49.1 peratus bersamaan 5,098 kes berbanding 10,368 kes bagi tempoh 31 Januari sehingga 17 Mac lalu.