Pemegang PLS yang tinggal lebih masa boleh pulang ke negara asal tanpa pas khas

  • 2 tahun lalu
Warga asing yang memiliki pas lawatan sosial (PLS), yang telah tinggal lebih masa mulai 1 Januari 2020 sehingga 14 hari bekerja selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan, dibenarkan pulang ke negara asal tanpa perlu mendapatkan pas khas di pejabat Imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, warga asing berkenaan boleh meninggalkan Malaysia melalui pintu masuk negara dengan melaporkan diri di kaunter Imigresen bersama dokumen perjalanan yang sah.

Disyorkan