#AWANIJr: PKP? COVID-19? Perkongsian NILAM masih boleh dijalankan

  • 2 tahun lalu
Malaysia sekarang ini sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3) kerana COVID-19. Pusat Sumber Baitul Hikmah SK Padang Setengge telah menganjurkan Program NILAM Komuniti dengan jalinan bersama Universiti Malaysia Terengganu bersama tetamu istimewa Tuan Haji Abu Hasan bin Ghazali, Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultanah Zahirah. Perkongsian ini dijalankan melalui platform Google Meet yang boleh diakses seluruh Malaysia. Bersama-sama wartawan PSGtv Alya Nur Iffah (12) untuk laporan selanjutnya.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.