Biasakan diri dengan normal baharu pada bulan Ramadan
  • 2 tahun lalu
Umat islam di negara ini diingatkan supaya menyesuaikan diri pada bulan ramadan tahun ini dengan normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata aktiviti solat fardhu berjemaah dan solat tarawih di masjid tidak akan berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun katanya, ibadah tersebut boleh dilaksanakan di rumah bersama keluarga.