Nelayan terkejut terima sumbangan tengah laut
  • 2 tahun lalu
"Kami sangkakan akan ditahan atas melakukan kesalahan dalam PKP namun kami terkejut sebaik bot kami dihampiri penguatkuasa Maritim Malaysia kami diberi kampit beras dan barangan keperluan makanan".

Itu reaksi lebih 30 nelayan persisir pantai di Kuala Kedah yang menerima sumbangan sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba dua hari lagi.