Tempoh PKP menuntut kumpulan buskers ilham lebih banyak kreativiti persembahan
  • 2 tahun lalu
Bagi penggiat industri buskers, sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini berlanjutan untuk beberapa mingu akan datang, semestinya menuntut lebih banyak kreativiti dari mereka.

Bagi pemuzik, Mohd Rashib Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Arcid Ekamatra kreativiti untuk mendekati penonton diperlukan bagi memastikan mereka kekal relevan dan boleh menjana kewangan ketika PKP ini.