E-Kitchen Selangor: Tempah awal, elak pembaziran
  • 2 tahun lalu
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut memperincikan cara tempahan untuk e-Kitchen kelolaan kerajaan negeri. Antara lain, ia boleh dibuat seawal jam 10 malam pada hari sebelumnya dan dilanjutkan sehingga jam 1 petang pada hari berikutnya.

Manakala penghantaran akan dibuat antara 4.30 petang hingga waktu berbuka puasa.

Penjaja dan peniaga yang mahu menyertai program e-Kitchen itu pula, boleh mendaftar di portal Hijrah Selangor.