Pakar: Membuka ekonomi terlalu cepat dan bangkitkan semula pandemik

  • 2 tahun lalu
Pakar dalam perbincangan bersama Dana Kewangan Antarabangsa menegaskan langkah untuk memulakan kembali aktiviti ekonomi dengan pantas dikhuatiri akan mengakibatkan penularan COVID-19 yang lebih buruk.

Dalam masa yang sama, Dana Kewangan Antarabangsa mengumumkan negara kumpulan G20 bersedia untuk menangguhkan pembayaran hutang negara pendapatan rendah sehingga akhir tahun ini.

Hutang berkenaan adalah berjumlah 12 billion dolar dan boleh di gunakan negara pendapatan rendah ini untuk menyokong perkhidmatan kesihatan masing masing.

Imf menambah, ia juga bersedia untuk membantu memulakan kembali pertumbuhan ekonomi apabila negara- negara di serata dunia mula keluar daripada krisis kesihatan ini kelak.

Disyorkan