COVID-19: Pengusaha Nasi Berlauk Kak Chik tukar strategi perniagaan

  • 2 tahun lalu
Perniagaan Nasi Berlauk Kak Chik yang berjaya menembusi pasaran Lembah Kelang dan Pantai Timur, antara yang terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

Dengan kekuatan 65 pekerja dan lebih 13 ribu nasi bungkus diedar setiap hari, pengusahanya pernah menghentikan operasi semasa fasa pertama pelaksanaannya.

Di sebalik kesukaran yang dialami tetapi tekad menukar cabaran menjadi peluang, Che Halimah Che Ahmad berhasrat membuka semula operasi Nasi Berlauk Kak Chik, Isnin ini.