Kolej Universiti TATI hasilkan inovasi bantu petugas barisan hadapan

  • 2 tahun lalu
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta milik kerajaan negeri Terengganu Kolej Universiti TATI (UC TATI) bersedia berkongsi kepakaran secara percuma kepada hospital dan klinik dalam menghasilkan inovasi yang mampu membantu barisan hadapan menghadapi Koronavirus.
Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof Madya Dr Rosliza Ramli berkata usaha itu ialah salah satu tanggungjawab sosial korporat universiti kepada sektor kesihatan.