Dua, tiga pesakit telah tampil menyumbang dalam kajian sains dan perubatan

  • 2 tahun lalu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, memang ada beberapa pesakit yang telah sembuh dan discaj dari wad menyumbang darah masing-masing untuk tujuan kajian.

KKM akan asingkan darah mereka antara plasma dan darah merah, iaitu plasma akan dihantar ke IMR bagi melihat kepekatan antibodi manakala darah merah mungkin akan dipulangkan semula kepada bekas pesakit tersebut.

Plasma itu akan kemudiannya dikaji dan jika antibodi tinggi, maka boleh digunakan untuk merawat pesakit lain.