KKM senada WHO, kes COVID-19 memuncak tengah April

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan turut menjangkakan jumlah kes di negara ini akan memuncak pada pertengahan April seperti apa yang diunjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara kebimbangan beliau adalah melibatkan kes import iaitu kemasukan warga Malaysia dari luar negara.