Pereka fesyen jahit PPE bantu petugas kesihatan
  • 2 tahun lalu
Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Radzuan Radziwill mengambil inisiatif menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menampung permintaan daripada hospital untuk dibekalkan kepada petugas perubatan.

Radzuan yang selama ini sering menyiapkan rekaan dan pakaian untuk golongan kenamaan serta selebriti terdorong untuk menyiapkan PPE selepas menyedari pihak hospital sedang berhadapan dengan kesulitan untuk mendapatkan bekalan bagi memastikan petugas perubatan dapat melaksanakan tugas mulia merawat mangsa pandemik COVID-19 yang sedang mencetus keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia.