COVID-19: Penggiat sektor pelancongan diharap tidak ambil tindakan 'push the panic button'

  • 2 tahun lalu
Industri pelancongan lebih terkesan akibat penularan COVID-19 berbanding sewaktu wabak-wabak lain yang tercetus sebelum ini. Untuk itu, adalah lebih baik sekiranya rakyat Malaysia mengambil peluang dengan melancong di dalam negara dengan mempelopori destinasi-destinasi menarik seperti Taman Negara, Hutan Belum, dan Gua Merapuh bagi merancakkan ekonomi pelancongan negara.
Itu adalah saranan Majlis Presiden Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis yang juga memberitahu bahawa pelancongan bukanlah berada di tahap kritikal lagi setakat ini.

Disyorkan