Lemang sushi diangkat produk pelancongan wajib cuba di Kuala Pilah

  • 2 tahun lalu
Hasil kreativiti dan inovasi pasangan suami isteri transformasikan makanan tradisi yang ditambah nilai kini membuahkan hasil selepas produk tersebut menjadi salah satu makanan wajib cuba sekiranya berkunjung ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Malah, produk makanan yang dikenali sebagai lemang sushi itu kini mampu menarik pelancong dalam dan luar negara sekaligus membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.