Program 'Medical Outreach' tingkatkan kualiti kesihatan

  • 2 tahun lalu
Penganjuran Jelajah Kesihatan atau "Medical Outreach" yang dianjurkan mana-mana pihak di kawasan kampung mampu menjadi platform kepada penduduk luar bandar bagi meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, inisiatif terbabit bukan sahaja mampu memberi pendedahan berkenaan cara penjagaan kesihatan dengan berkesan kepada masyarakat luar bandar, malah ianya boleh dijadikan langkah awal bagi proses pencegahan kepada mereka sekiranya menghidapi sebarang penyakit.

Disyorkan