Keputusan permohonan gantung perbicaraan Paul Yong 3 Mac ini

  • 2 tahun lalu
Keputusan permohonan pembelaan untuk menggantung prosiding kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong akan diketahui 3 Mac depan.

Hakim Norashima Khalid membuat ketetapan itu selepas pihak pembelaan memohon penangguhan atas notis rayuan yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan untuk memindahkan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.