Penjual santan didakwa sebar berita palsu berkaitan koronavirus

  • 2 tahun lalu
Seorang penjual santan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas dakwaan menyebarkan berita palsu berkaitan koronavirus menerusi laman sosial Facebook Gabungan Anak Terengganu Original (GATE).
Bagaimanapun tertuduh Marzuki Abdullah, 40 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.