Silakan buat laporan polis dan mengenakan saman terhadap saya - Syed Saddiq

  • 2 tahun lalu
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalu-alukan dan menerima secara terbuka sekiranya pihak Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki ingin membuat laporan polis menfailkan saman terhadapnya berhubung kejadian di Ulu Tiram, pada Jumaat lalu.

Syed Saddiq juga sekali lagi menegaskan, ketika kejadian, beliau dihalang oleh sekumpulan individu sehingga tidak dibenarkan untuk pulang ke hotelnya.