Koronavirus: Rakyat Malaysia akan dibawa pulang dengan pesawat komersial

  • 2 tahun lalu
Kerajaan akan membawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China dengan menggunakan penerbangan komersial. Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, kerajaan China hanya membenarkan pesawat komersial digunakan dalam usaha tersebut.

Katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengumumkan perincian lanjut termasuk tarikh penerbangan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan perayaan Tahun Baru Cina Parlimen Indera Mahkota di Kuantan, Khamis malam.

Disyorkan