Taufan Phanfone badai Filipina, ribuan penduduk dipindahkan

  • 2 tahun lalu
Kemeriahan sambutan Krismas di Filipina bertukar suram selepas Taufan Phanfone membadai negara itu pada malam menjelang Krismas.

Taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di kepulauan Bisaya, selain menyebabkan banjir kilat di wilayah tersebut.