Pupuk keharmonian dalam kepelbagaian sempena perayaan Krismas

  • 2 tahun lalu
Keunikan dan semangat perpaduan bagi Sabah dan Sarawak dalam meraikan setiap perayaan haruslah menjadi contoh bagi memupuk keharmonian dalam kehidupan pelbagai etnik dan kepercayaan.

Perayaan Krismas yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau di Dewan Masyarakat Tawau baru baru ini jelas menggambarkan kehidupan yang harmoni apabila ianya turut disertai oleh setiap lapisan penduduk tanpa mengira kepercayaan.