Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman

  • 2 tahun lalu
Seorang anggota polis berpangkat koperal di denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana menerima suapan RM 3,000 sebagai dorongan ‘menggelapkan’ kes curi kambing.
Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33 tahun dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Madihah Harullah.