Pemandu lori maut dipercayai akibat masalah brek
  • 2 tahun lalu
Akibat kerosakan brek seorang pemandu lori maut selepas lori muatan air mineral yang dipandunya terbabas dan merempuh pagar batu Sekolah Agama Ma'ahad Tahfiz Al-Najah, Air Hitam, dekat Jitra Kedah.
Dalam kejadian jam 12 tengahari tadi, mangsa, Ahmad Ismail, 58, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.