Sophia, si robot mengalu-alukan kedatangan peserta

  • 2 tahun lalu
Sophia, robot humanoid sosial, membuat penampilan istimewa bagi mengalu-alukan kedatangan perwakilan ke majlis pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu.
Mengenakan gaun berwarna biru-hitam gelap, kemunculannya menarik perhatian audiens pada sidang kemuncak itu.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana berkenan melancarkan Sidang Kemuncak KL 2019.