Itu masalah dalaman PKR, bukan Pakatan Harapan - Tun M

  • 2 tahun lalu
Kepimpinan Pakatan Harapan tidak mencampuri masalah dalaman membabitkan Presiden dan Timbalan Presiden PKR yang berlaku ketika ini, sebaliknya menganggap ianya adalah urusan dalaman parti itu.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebarang perselisihan faham dalam parti politik di Malaysia adalah normal dan krisis dalam PKR sentiasa diberi perhatian kerana PKR sebahagian Pakatan Harapan.