Pesawat komersil terhempas di kawasan perumahan

  • 2 tahun lalu
Sebuah pesawat komersil dilaporkan terhempas di kawasan perumahan di bandar Goma, Timur Republik Demokratik Congo pada Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 individu.
Menurut kenyataan Pejabat Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita, pesawat yang dikendalikan syarikat tempatan, Busy Bee terhempas ketika dalam penerbangan ke bandar Beni, kira-kira 250 kilometer di utara.