Lan Berdagang: Nikmati pengalaman berbeza di Borneo Happy Farm

  • 2 tahun lalu
Terletak 45 minit dari Kuching, Borneo Happy Farm menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjungnya. Pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan berada di kawasan ini menjadikan ia sebagai tempat lawatan yang cukup menarik.

Berkeluasan 130 ekar, pengunjung dapat menyaksikan haiwan ternakan dengan lebih dekat dan pelbagai spesis tumbuhan yang mungkin kita tidak dapat lihat di tempat lain.

Lebih menarik jika anda dapat saksikan program penuh Lan Berdagang, setiap Rabu pukul 8.45 malam.