KPDNHEP rampas 116 unit penapis minyak kenderaan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas 116 unit penapis minyak kenderaan dan 69 unit minyak enjin automatik disyaki tiruan menggunakan jenama Proton.

Ketua Cawangan KPDNHEP Dungun, Muhammad Khairuddin Ali Abdul Aziz berkata menerusi risikan yang dijalankan di sekitar Dungun pihaknya berjaya membongkar kegiatan itu.