Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

WKB 2030 merupakan hala tuju ekonomi negara bagi tempoh 10 tahun bermula 2021-2030.

Ia adalah kelangsungan kepada Wawasan 2020, mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan keadaan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang.