Jerebu: Lebih 1,000 penumpang di LTSAS terjejas

  • 2 tahun lalu
Seribu seratus empat penumpang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh terjejas selepas beberapa penerbangan mengalami kesukaran untuk berlepas dan mendarat berikutan jarak penglihatan terhad akibat jerebu pada Jumaat.
Menurut Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman, ia melibatkan 555 penumpang yang dijadualkan mendarat dan 549 penumpang yang sepatutnya berlepas dari lapangan terbang terbabit.

Disyorkan