#KomunitiAWANI: Semangat patriotik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 2 September 2019 menampilkan penyanyi, Siti Sarah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Episod kali ini memaparkan cerita mengenai sebuah kampung patriotik iaitu Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam yang penuh dihiasi dengan Jalur Gemilang. Kemudian, kita akan saksikan semangat menyambut Bulan Kebangsaan yang ditonjolkan oleh mereka yang ambil inisiatif sendiri untuk menggunakan bahan kitar semula untuk membuat Jalur Gemilang sendiri. Selepas itu, kita saksikan pula mereka yang sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan baju Jalur Gemilang. Kita juga akan lihat peranan Pertubuhan Mustaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) yang membantu melengkapkan prasarana sekolah dan menyumbang buku-buku ilmiah di beberapa sekolah terpilih.

Disyorkan