Perlis memiliki banyak lokasi menarik, hanya sedikit yang tahu

  • 2 tahun lalu
“Syurga makanan laut segar” di Kuala Perlis dan “syurga barangan murah” di Padang Besar.
Kedua-dua tempat terkenal ini, terletak di dalam negeri paling utara di Semenanjung Malaysia, iaitu Perlis.
Namun entah di mana silapnya, ramai yang sering terlepas pandang untuk melancong ke negeri itu, hinggakan Perlis tersenarai dalam lima negeri yang paling kurang dilawati pengunjung, selepas Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.