Seleweng dana biasiswa, bekas Pembantu Tadbir berdepan 146 pertuduhan

  • 2 tahun lalu
Seorang bekas Pembantu Tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, selepas dihadapkan atas 146 pertuduhan menyeleweng dana biasiswa pelajar sekolah bernilai lebih RM2.4 juta.
Tertuduh, Mohd Hanafi Ismail, 31 tahun membuat pengakuan itu sejurus semua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Disyorkan