Kualiti udara Miri semakin baik

  • 2 tahun lalu
Kualiti udara di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak semakin pulih apabila mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 246 setakat tujuh pagi tadi.

Semakan di laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia, mendapati bacaan ipu di bandar raya itu menurun daripada tahap berbahaya kepada sangat tidak sihat.