#AWANIJr: Pembelajaran Alami di Astro AWANI Network Sdn Bhd

  • 2 tahun lalu
Wartawan Nurul Iman Zulkifli dibantu oleh Faqihah Ridzuan ,12, dari B48 Channel SK Batu 48 Dungun, Terengganu membuat liputan sempena Program Lawatan Ilmiah ke Astro AWANI Network Sdn Bhd, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.

Mengimbau keterujaan seramai 12orang Kru B48 Channel bersama sebahagian Warga SK Batu 48 menerokai ilmu dan pengalaman baru dalam bidang penyiaran dan komunikasi di Astro AWANI, sejujurmya kami sangat kagum dan terinspirasi melihat gaya kerja dan kecekapan pasukan kerja Astro AWANI.

Ternyata pembelajaran alami secara langsung, berjaya membuka minda kami supaya lebih bersemangat memajukan diri dan khasnya untuk kru supaya menjadi murid yang lebih hebat dan berkembang dari segala aspek terutamanya dalam kemahiran pembelajaran abad ke-21.

Episod kali ini dirakam oleh jurukamera Aqeef Amzar Arzul dan diedit sepenuhnya oleh Editor Afeef Amsyar