#KomunitiAWANI: Bukan duit sahaja, tenaga dan kemahiran pun sudah cukup

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 9 Ogos 2019 menampilkan pelawak terkenal, Nabil Ahmad sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Berita komuniti anda bermula dengan kisah sejarah dan budaya negeri Perak yang diceritakan melalui mural-mural yang terletak di sekitar bandar Ipoh. Kemudian, kita akan saksikan Kelab Robotik di SMK Dato Jaafar yang berjaya cipta nama di peringkat antarabangsa. Selepas itu, kita akan lihat inisiatif murni menyumbangkan tenaga dengan menggunting rambut secara percuma bagi membantu golongan istimewa OKU di Kampung Kerandang, Besut. Kita juga akan lihat makanan tradisional suku kaum Melanau di Sarawak di Pasar Mukah iaitu Abu Umai Segar.

Disyorkan