#KomunitiAWANI: Sekolah canggih, rekod kehadiran pelajar dengan sistem pengimbas cap jari

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 24 Julai 2019 menampilkan selebriti, Amy Mastura sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.



Episod kali ini membawakan cerita mengenai sebuah sekolah yang menggunakan teknologi pengimbas cap jari bagi tujuan rekod kehadiran para pelajar di SMK Tunku Abdul Aziz, Alor Star, Kedah. Kemudian, kita lihat usaha dua sahabat yang menterjemahkan semua karya tulisan jawi lama kepada tulisan rumi dan jawi baharu. Selepas itu, kita akan saksikan internet awam berkelajuan tinggi pertama di Malaysia hasil teknologi Terragraph dan Gigawire di Pulau Pinang. Kita juga akan lihat bakat seorang pemain bola sepak perempuan, Nur Farisya Hanim yang rajin berlatih.