Pemandu e-hailing kurang ajar! Ajak penumpang wanita ‘main tidur’ siap nak bayar RM200!
  • 2 tahun lalu
HASRAT seorang gadis untuk ke tempat kerja dengan tenang bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemandu e-hailing.

Dakwa Nur Isma Dalilah Ismadei, 24, perbualan ringkas antara dia dengan pemandu berkenaan berubah selepas lelaki yang agak berusia itu mengajaknya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

Paling menakutkan apabila lelaki tersebut didakwa berkali-kali mengajaknya untuk melakukan perkara tersebut dengan bayaran RM200.

“Saya terkejut apabila dia tanya saya pernah ‘main tidur’, mula-mula saya jadi blur. Kemudian saya sedar ia merupakan satu bentuk gangguan seksual.

“Saya sempat rakam perbualan berkenaan dan hantar kepada kawan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya kepada mStar.

Kata Dalilah dia sudah membuat laporan kepada syarikat berkenaan dan bercadang memfailkan laporan polis berhubung isu tersebut demi maruah dan keselamatannya diri dan keluarganya.
Disyorkan