Hishammuddin tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah - Ismail
  • 2 years ago
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menolak gesaan perletakan jawatan Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein susulan perlanggaran SOP Covid-19.

Ini selepas tular satu video yang memaparkan Hishammuddin bersama beberapa pemimpin lain meredah kerumunan hadirin di majlis pelancaran briged MIC Johor di Kota Iskandar semalam.

Katanya, perlanggaran SOP bukan satu jenayah sehingga membawa kepada perletakan jawatan seorang menteri namun apa yang penting kerajaan tidak mengamalkan pelaksanaan undang-undang dua darjat yang membezakan ahli kabinet dengan orang lain.
Recommended